Sabtu, 9 Mac 2013

Madu Sidr Yaman

Madu lebah sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masihi hingga ke tamadun Parsi, Greek dan Rom sebagai satu cara penjagaan kesihatan.
Menurut sejarah Islam, penggunaan madu lebah dalam perubatan sangat masyhur dan bertepatan dengan Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud; “Madu penyembuh segala penyakit manusia dan Al Quran penyembuh segala penyakit hati”.
Madu sidr – Di Eropah, ada kesatuan diberi nama Apitheraphy, diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis yang menggunakan produk madu lebah bagi penjagaan kesihatan. Di Timur Tengah, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan madu lebah sebagai minuman kesihatan harian.
Manakala bagi masyarakat Cina, amalan memberi madu lebah kepada anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan. Dalam persekitaran masyarakat berteknologi tinggi dan sentiasa sibuk sekarang, keperluan kepada makanan seimbang dan selamat adalah penting, malangnya kebanyakan pihak mengabaikan keperluan itu dengan mengambil jalan mudah dengan hanya bergantung kepada makanan dan minuman segera yang kurang berkhasiat.
Sejajar dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut anjuran al-Qur’an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam terutamanya perubatan berkaitan Madu sidr.
Menurut Nabi SAW setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : “Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu As’sam (maut)” ( Hadis riwayat Abu Daud)

Khasiat Madu Sidr

Madu sidr – Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga kajian mengenai madu lebah juga kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit dengan madu , mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:
(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”
Rasulullah SAW juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur’an, Baginda bersabda: Maksudnya: “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) [Madu Sidr Khas Untuk Berubat]
Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu perubatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu sidr juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu sidr akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu madu sidr juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu sidr juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah SAW juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: “Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”
Oleh itu, madu sidr disyorkan menjadi makanan tambahan kepada kita disebabkan khasiatnya yang tidak ternilai. Namun begitu, ledakan pembangunan dan perkembangan pesat sains dan teknologi telah menimbulkan pelbagai kesangsian terhadap keaslian produk madu yang ada di pasaran.
Kini timbul pula masalah bagaimana hendak mencari madu yang benar-benar tulen, mentah dan bebas daripada campuran bahan-bahan lain. Bukan setakat kesukaran untuk mendapatkan produk madu lebah asli tetapi juga pencarian jenis spesies lebah liar yang mengumpul madunya dari sumber-sumber tidak terhad. Jika lebah yang diternak dari ladang-ladang yang sumber madunya agak terhad kepada jenis bunga-bunga tertentu sahaja mungkin kualitinya tidak sebaik madu lebah liar dan harganya adalah lebih murah. Jika pengguna tersilap pilih mungkin mereka boleh terbeli madu yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain dan ini akan mengakibatkan kemudaratan kepada sesetengah penghidap penyakit.

Madu Sidr Terbaik Dunia

Madu Sidr merupakan madu daripada Negara Yaman yang terbaik di dunia. Khasiat madu sidr dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Madu sidr dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora). Pokok sidr di Yaman dipercayai adalah pokok yang tertua di dunia. Hampir semua bahagian pokok ini digunakan oleh masyarakat tempatan untuk tujuan kesihatan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.
Oleh itu, madu sidr yang berasal daripada pokok sidr juga mempunyai nilai khasiat dan perubatan yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis madu lain. Madu sidr amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit hati, penghadaman dan pernafasan, menaikkan prestasi batin dan sebagai anti-oksida dan anti-bakteria yang berkesan.

LAIN-LAIN ARTIKEL

 MADU LEBAH sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masihi hingga ke tamadun Parsi, Greek dan Rom, sebagai satu cara penjagaan kesihatan.Di Eropah, ada kesatuan diberi nama Apitheraphy, diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis yang menggunakan produk MADU LEBAH bagi penjagaan kesihatan.Di Timur Tengah, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan MADU LEBAH sebagai minuman kesihatan harian.Bagi masyarakat Cina, amalan memberi madu lebah kepada anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan.Dalam persekitaran masyarakat berteknologi tinggi dan sentiasa sibuk sekarang, keperluan kepada makanan seimbang dan selamat adalah penting, malangnya kebanyakan pihak mengabaikan keperluan itu dengan mengambil jalan mudah dengan hanya bergantung kepada makanan dan minuman segera yang kurang berkhasiat. Oleh itu, madu disyorkan menjadi makanan tambahan kepada kita disebabkan khasiatnya yang tidak ternilai.
KHASIAT MADU LEBAH
Berikut adalah antara lain Khasiat MADU LEBAH ASLI
• Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal • Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi. • Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak. • Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
• MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
• Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
• Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
• Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
• MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).
• MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.
Khasiat Berterusan Madu Lebah
Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti:-•
Kencing manis• Barah/Kanser• Mata kelabu• Letih/Lesu/Tenat• Tenaga batin/Seks• Lendir/Kahak• Penyeri muka• Awet muda• Pendarahan otak• Gastrik• Gagap• Bersalin - senang• Batuk• Penyakit Kulit• Sakit Telinga• Lemah jantung• Jerawat• Pening• Pekak• Lumpuh• Uban (Berpenyakit)• Susah tidur• Sakit sendi • Sembelit• Selsema• Sakit puan• Resdung• Darah tinggi• Sakit kepala• Angin• Luka• Keputihan• Bintik-bintik hitam• Rambut gugur• Sakit pinggang• Terbakar• Haid• Buasir• Batuk kering• Lupa• Keracunan Makanan• Asma/Lelah• Kurang darah• Alahan/Allergic• Kanak-kanak (Sihat)• Dan lain-lain...
MADU LEBAH MENURUT AL-QURAN & HADIS
Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" ( Hadis riwayat Abu Daud)
Firman Allah dalam surah an-Nahl:
(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.
" Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

MADU ASLI
Madu lebah asli dan berqualiti sukar diperolehi. madu yang banyak terdapat dipasaran kadangkala dicampur dengan bermacam-macam capuran oleh peniaga untuk mengaut keuntungan semata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna. Adakalanya kita terbeli madu tiruan yang hanya mengandugi gula biasa yang telah diproses menjadi seperti madu ianya berbahaya kepada yang ada penyakit kerana rupanya tiada beza dengan madu asli. Tidak dinafikan banyak juga madu asli dipasaran tetapi telah mengalami proses pengawetan dan pengurangan kandungan air supaya tahan lama dan tidak meletup dalam simpanan. Proses yang demikian telah merosakkan separuh dari enzim yang bernilai yang terdapat dalam madu asli.
PERBEZAAN MADU ASLI & TIRUAN
Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus. Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu. Sukar untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian makmal. Bagi mereka yang biasa makan madu tulin, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan