Selasa, 4 Mac 2014

BIJI APRIKOT


BIJI APRIKOT
  • Seperti yang anda tahu, buah aprikot merupakan sejenis buah-buahan yang unik.Bukan sahaja isinya yang manis boleh digunakan di dalam pelbagai jenis masakan, malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang tersendiri.Menurut kajian, biji aprikot mengandungi sejenis vitamin yang dikenali sebagai VITAMIN B17 dimana vitamin ini mempunyai fungsi dan mereka yang tersendiri.
“Biji aprikot boleh dimakan??”, statement sedemikian amat biasa didengari pada masa kini sepertimana pada permulaannya saya juga merasakan perasaan yang sama, tetapi apabila saya mengamalkan pemakanan biji aprikot ini saya berasa amat syukur dengan perubahan yang amat ketara pada tubuh saya. Oleh  kerana masih ramai lagi yang tidak tahu akan betapahebatnya khasiat biji buah aprikot ini, saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang telah saya harungi semasa mengamalkan pemakanan ini.

SEJARAH DI SEBALIK PENEMUAN BIJI APRIKOT

  • Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.
  • Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.
  • Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.
  • Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.




OH SI BIJI APRIKOT





  • Berdasarkan kepada buku  “World without Cancer”, biji aprikot mentah mengandungi kadar
    kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain. Biji epal adalah yang kedua tertinggi. Apabila anda makan sebiji epal, makanlah kesemuanya, bijinya dan lain-lain.
  • Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini, “sebiji epal dalam sehari dapat hindarkan diri anda dari doktor”. Ianya termasuklah bijinya. Sebaliknya, kita diberitahu sepanjang hidup kita untuk tidak memakan bijinya yang mana sangat bertentangan dengan apa yang diperlukan oleh tubuh kita.
  • Biji aprikot mentah mempunyai kandungan B17 yang sangat tinggi dan tertinggi diantara yang lain-lainnya. Disini, kami menawarkan biji aprikot mentah yang dibungkus, yang tidak dijemur dibawah cahaya matahari, tidak dibekukan dan tidak dimasak….semuanya yang MENTAH dan sangat baik untuk tujuan pencegahan dan rawatan penyakit. Biji aprikot jangan dimasak atau dibekukan supaya kebaikan yang ada padanya tidak hilang. Biji aprikot hanya berkhasiat dalam bentuk mentah.
KEHEBATAN SI BIJI APRIKOT DALAM MENCEGAH KANSER
Vitamin b17

  • Amigdalin, (Vitamin B17) dapat diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels, B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit – badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.
  • Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satunya ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement dengan antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik iaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas.
  • Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide”. Ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk tisu normal
    yang hidup.
BAGAIMANA B17 MEMBUNUH SEL KANSER?

Apabila B17 bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat di pecahkan sebab tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel kanser. Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini yaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser. Anda akan lihat sel-sel kanser yang mati berkecai keluar melalui air kencing. Proses ini biasanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja. Keseluruhan proses ini disebut sebagai “selective toxicity” atau ketoksikan selektif. Hanya sel-sel kanser sahaja di sasarkan untuk di musnahkan

Kami juga membekal dan mejual biji aprikot.
Perkhidmatan kami merangkumi kawasan Sabah &  Sarawak serta Semenanjung Malaysia.
Sekiranya anda ingin membuat pesanan melalui kami, bolehlah menghubungi kami di  alamat berikut:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan